Memang patut rasanya Rita Rudaini
‘panas’ dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 27,
berkaitan isu nafkah. Dalam keterangan sebelum ini, pemain bola sepak itu
dengan ‘bangganya’ berkata yang dia tidak pernah culas membayar nafkah untuk
Rita dan anak-anaknya.
Rupa-rupanya, dia tidak pernah menjelaskan
bayaran rumah sewa sejak keluar dari rumah kelaminnya pada Januari, dua tahun
lalu, memetik laporan Sinar Harian.
Sepanjang tempoh anak-anak tinggal dengan
plaintif (Rita Rudaini), saya memang tidak pernah gagal memberikan nafkah
kepada mereka, tetapi, cuma tak bayar sewa rumah. Saya tidak berbohong kepada mahkamah, cuma
keterangan pada 4 Disember 2013 itu tidak tepat,
Rita yang pada ketika itu masih isterinya
menjelaskan bayaran selama 18 bulan sehinggalah mereka bercerai 4 Ogos tahun lalu. Alasan
Aidil, itu bukan rumah kelamin mereka.
No comments:
Post a Comment