Pages

Tuesday, February 4, 2014

[PANAS]: Wartawan Dimaki Peminat Fazura Gara-Gara Salah Eja Nama Bapa?


Pelakon Fazura kini dikatakan sedang ‘berperang dingin’ dengan sekumpulan wartawan berikutan tindakannya yang telah memuatnaik gambar artikel bersama wajah seorang wartawan yang telah silap mengeja nama arwah bapanya, Sharifuddin Adnan melalui akaun Instagramnya.


Peminat fanatik Fazura telah mengecam dan memberikan komen yang terlalu pedas terhadap wartawan ini seolah-olah beliau melakukan kesalahan yang melampau. Lebih hebat lagi, ada yang meletakkan senarai etika kewartawanan pula ketika memberi komen.


Fazura mungkin menyedari perkara ini, jadi beliau membuat penjelasan dalam satu laporan akhbar hari ini 

Dengan jelas menerusi ‘timeline’ Instagram milik saya, saya ada menyebut saya sekadar mahu memperbetulkan kesilapan ejaan nama arwah bapa saya yang ditulis Shamsudin, itu saja. Ini bukan kali pertama kesilapan ejaan nama arwah bapa saya berlaku di akhbar berkenaan



“Walau bagaimanapun, saya langsung tidak berniat hendak memusuhi penulis terbabit, syarikat penerbitannya mahupun wartawan hiburan yang lain.”

“Saya kira maklum balas daripada pelbagai pihak ini, membuktikan artikel berkenaan dibaca oleh ramai orang. Jadi saya fikir saya harus memperbetulkan kesilapan yang berlaku di akaun Instagram milik saya supaya pengikut saya yang membaca artikel itu, tahu bahawa Shamsudin bukanlah nama sebenar bapa saya.”

“Nama arwah bapa saya adalah Sharifuddin. Saya merasakan perlu untuk saya membuat pembetulan ini untuk tidak menimbulkan kekeliruan.”

“Saya percaya kalaulah arwah bapa masih hidup, dia pasti kecil hati anak perempuannya berbintikan orang lain. Pokoknya niat saya hanya untuk memperbetulkan kesilapan ejaan nama arwah bapa, itu saja.”


“Saya sendiri tidak me-nyangka ia akan menjadi isu yang besar apabila pengikut-pengikut di Instagram, memberikan pelbagai reaksi sehingga menimbulkan perang mulut antara mereka dan pihak wartawan hiburan yang turut memberikan komen.”


No comments:

Post a Comment