Pages

Sunday, February 2, 2014

[GOSIP]: Perang Salah Faham Antara Qi & Sharnaaz Sudah Selesai - Neylida Senrose



Pelakon jelita Nelydia Senrose menjelaskan bahawa isu cemburu kekasihnya, Qi Razali terhadap aktor Sharnaaz Ahmad hanya satu salah faham dan ianya sudah pun diselesaikan dengan cara baik.


Saya percaya itu bukan satu isu yang besar kerana semuanya sudah kami selesaikan. Setakat ini hubungan kami baik dan boleh menjalani penggambaran bersama dengan memberi komitmen yang tinggi terhadap drama ini

Tambah pelakon berusia 20 tahun itu lagi, dia hanya berurusan dengan Sharnaaz berkaitan dengan urusan kerja semata-mata. Perselisihan faham tersebut tercetus apabila Qi Razali cemburu dengan gambar mesra Nelydia dan Sharnaaz ketika mereka menjalani penggambaran drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta".

Sementara itu, Nelydia memberitahu bahawa buat masa ini dia tidak akan mengambil mana-mana tawaran berlakon lain kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap penggambaran 40 episod itu.

Saya beri seratus peratus fokus terhadap drama ini dan tidak akan mengambil mana-mana tawaran lain. Buat masa ini saya tidak tahu bila penggambaran tamat namun apa yang penting penonton dapat merasai apa yang ingin disampaikan dalam drama ini


No comments:

Post a Comment