Seorang
ibu tidak menyangka pelukan erat anak bongsunya sebelum dihantar untuk asuhan
pagi kelmarin, menjadi petanda bayi berusia 10 bulan itu akan meninggal dunia
di rumah pengasuh. Ibu
bayi berkenaan, Norzilawati Ahmad Atik, 35, yang juga kakitangan kerajaan
mengakui Muhammad Irsyad Alizan Mohd Yazid memang manja tetapi pelukan bayinya
pagi kelmarin, dirasakan luar biasa kerana lebih erat.
Awal
pagi kelmarin, Irsyad yang sudah dipakaikan stokin merapati saya mahu didukung
ketika hendak dihantar ke rumah pengasuhnya.. Dia
peluk saya dengan kuat. Saya sempat berkata padanya kenapa manja sangat ni dan
dia terus peluk erat tanpa menyangka itulah petanda dia akan pergi buat
selama-lamanya
Irsyad
yang juga anak ketiga itu, disedari meninggal dunia ketika pengasuhnya cuba
membangunkan bayi terbabit jam 10 pagi untuk diberi makan. Pengasuh yang pernah
bekerja di TASKA selama lima tahun, cuba memberi bantuan pernafasan mulut ke
mulut (CPR) apabila tidak dapat membangunkan Irsyad, namun tidak berhasil.
Punca
kematian Irsyad belum diketahui kerana hasil bedah siasat hanya akan diperoleh
empat bulan lagi tetapi doktor memaklumkan ia tiada kaitan dengan tersedak susu
atau terjatuh.
No comments:
Post a Comment