Pages

Saturday, February 8, 2014

Kes Kematian Kanak-Kanak 2 Tahun Di Dungun – Polis Dedah Punca Kematian?


Laporan awal bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Permint, Seberang Paka Dungun tidak menunjukkan kesan penderaan seksual pada mangsa.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten, Komisioner K Manoharan berkata, hasil laporan awal bedah siasat yang dijalankan tidak menunjukkan mangsa dirogol mahupun diliwat. Bagaimanapun laporan itu belum muktamad dan polis masih menunggu laporan lanjut daripada bahagian Toksikologi bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak itu, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu Manoharan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa mengalami penderaan seksual seperti yang dilaporkan media.

Beliau berharap orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes ini sehingga siasatan selesai dan pihak media harus mendapatkan maklumat yang sahih daripada polis.


No comments:

Post a Comment