Selepas putus hubungan dengan aktor Johan As'ari,
aktres seksi, Lana Nordin dikatakan sudah mempunyai pengganti apabila
dilaporkan menjalin hubungan dengan jejaka bergelar doktor, namun
dinafikan oleh Lana.
"Laporan itu tidak benar. Saya masih 'single and available'," katanya kepada mStar.
Dalam laporan sebuah akhbar mingguan berkata, Lana atau nama sebenarnya
Mazlina Hasan Nordin sedang menjalin hubungan cinta dengan rakan lamanya
iaitu lelaki kacukan Pakistan-Inggeris, malah lelaki itu juga didakwa
telah menghantar bunga mawar kepada Lana di mana Lana sendiri telah
memuat naik gambar bunga tersebut di laman sosial Instagram miliknya.
Aktres berusia 34 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Sebelum ini, bintang filem "Juvana" Johan As'ari telah melamar Lana
untuk dijadikan isteri selepas tiga hari berjumpa kerana percaya aktres
seksi itu adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada
April lalu.
Namun, Johan dalam satu kenyataannya pada akhir Disember lalu telah
mengumumkan perpisahan mereka selepas sebulan bercinta berikutan tidak
direstui keluarga Johan.
No comments:
Post a Comment