Akhbar
tempatan hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi
mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan
hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun dan juga dikatakan sepupu
mangsa.
Dalam
kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa
yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.
“Dia
tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada
binatang,” kata.
Mangsa
yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 19, berkata, suaminya turut merakam aksi
hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga sepupu lelaki itu.
“Selepas
itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,”
katanya.
Berikutan
kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis Arau pada hari yang sama,
menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja terbabit ditahan untuk
siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment