Pages

Sunday, January 19, 2014

[TAHNIAH]: Ustaz Don Timang Cahaya Mata Pertama


Tahniah kepada pendakwah dan penyampai rancangan kuliah interaktif 30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa.


Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya. Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram.

Assalamualaikum semua… Alhamdulillah. Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia.  Normal dan sihat…Alhamdulillah… 3.5 kilogram

namun tidak dikongsikan pula jantina cahaya mata pertama pasangan ini.


Ustaz Don dan pasangannya, Husna Mohd Zahry mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012. Selain itu, Ustaz Don yang sedang berada di Mesir itu juga berkata akan pulang ke tanah air, hujung bulan ini.

Insya-ALLAH kami balik dalam 30 Januari. Terima kasih semua na.. sebab tolong doa kat kami…Alhamdulillah syukur 


Husna melahirkan bayi mereka di Mesir ekoran masih meneruskan pengajian di sana.


No comments:

Post a Comment