Pages

Sunday, January 19, 2014

Menanggis Demi Peminat – Tiz Zaqyah


Aktres yang mula dikenali menerusi drama bersiri ‘Nur Kasih’, Tiz Zaqyah mendedahkan dia menangis hampir setiap hari demi menjayakan wataknya sebagai Dahlia dalam drama bersiri ‘Jodoh Itu Milik Kita’ (JIMK).



Watak Dahlia dalam drama bersiri JIMK menuntut saya untuk banyak bermain emosi. Sewaktu penggambaran, hari-hari saya kena menangis. Saya terharu drama ini mendapat sambutan yang sangat baik.

Umum tahu JIMK merupakan adaptasi novel judul yang sama nukilan Sara Aisha, jadi jalan cerita JIMK adalah mendalam. Saya juga perlu memikirkan tentang pengikut novel JIMK yang sememangnya sangat meminati novel ini. Jadi saya telah mencuba yang terbaik untuk merealisasikan watak Dahlia ini


Tiz juga mengakui cabaran untuk membawakan watak Dahlia sangat besar kerana jalan cerita JIMK itu sendiri.

Beralih kepada soal cinta, Tiz menjelaskan hubungannya dengan teman lelaki masih lagi berjalan seperti biasa. Tentang ikatan perkahwinan,  Tiz menyerahkan segalanya pada jodoh.


No comments:

Post a Comment