Gosip
mengatakan Zizan Razak & Emma Maembong bercinta bukanlah baru
meskipun masing-masing menyatakan yang mereka sekadar berkawan baik. Malahan
baru-baru ini, mereka dikatakan bercuti sakan bersama rakan-rakan ke Amerika
Syarikat.
Baru-baru
ini timbul khabar kurang enak melibatkan pasangan ini. Utusan
Malaysia menerusi ruangan gossip mereka menulis yang ada sumber menyampaikan
tentang Zizan & Emma yang khabarnya bercumbu dalam kapal terbang ketika
perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
Melalui tulisan Miss J:
Menurut teman Miss J itu, Zizan yang
duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak
kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?
Sekarang ini alasan apa lagi yang
Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila
ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta. Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama
tak nak mengaku — habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah?
Angin
betol Miss J apabila mendapat khabar pasangan ini bercumbu dalam kapal
terbang. Tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut. Mungkin Zizan
atau Emma ada penjelasan mereka sendiri.
Memang sukar untuk mempercayai, tapi sebagai manusia, mungkin kita boleh pupuk diri kita bersangka baik. Mungkin kelihatan nampak bercumbu, tapi sebenarnya tidak pun. Maklumlah, orang nak jual suratkhabar, nak letak headline, kene gempak-gempak. Tak begitu?
No comments:
Post a Comment