Sayang
sungguh Nora Danish pada putera yang seorang ini. Sebelum ini Nora
mengadakan majlis doa selamat untuk Rayqal. Tapi, tidak cukup dengan
itu, sebuah parti pula diadakan untuk anak lelakinya ini berseronok.
Parti
tersebut dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan beberapa selebriti
lain termasuklah Erra Fazira, Umie Aida, David Teo serta isteri. Seperti
biasa ‘teman tapi mesra’nya ada bersama untuk mengiringi dan memeriahkan
majlis, Nedim Nazri.
Walau
Rayqal dikatakan sedang demam ketika itu, beliau nampaknya gembira dan ceria
kerana hari lahirnya disambut dengan meriah sekali. Jom layan beberapa keping
gambar lagi!
No comments:
Post a Comment