Pages

Tuesday, January 21, 2014

Komen Dato’ AC Jadi Subjek Peserta Maharaja Lawak Mega 2013?


Pengacara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013), Dato’ AC Mizal akui tidak pernah terasa hati apabila dirinya telah dijadikan subjek oleh segelintir peserta program lawak tersebut setiap kali mereka beraksi di atas pentas.



Saya bangga! Untuk meraih perhatian, kita perlu lakukan sesuatu. Bermakna, ada sesuatu yang saya lakukan mendapat perhatian mereka. Kita bekerja sebagai satu kumpulan daripada pengacara, peserta, juri, sehingga krew belakang tabir. Setiap orang perlu bergerak agar rancangan itu tidak bosan.

Sebagai mata di atas pentas, saya boleh nampak apa yang penonton mahukan. Selepas itu, saya sampaikan kepada semua agar rancangan itu berjaya. Jujurnya, saya tidak pernah terasa hati apabila dijadikan subjek, tapi kalau saya balas di atas pentas… faham-fahamlah ye! (ketawa)

Dato' AC sememangnya seorang yang bersahaja dan sempoi. Apa yang berlaku di atas pentas mungkin dianggap sebagai gurauan. Dah namanya rancangan Maharaja Lawak, jadi perlu la sporting. Tak begitu?


No comments:

Post a Comment