Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak enggan
mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mendakwa dia bercumbuan
dengan aktres jelita Emma Maembong dalam kapal terbang ketika dalam
perjalanan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
Dipetik daripada laporan mStar, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak
memberitahu dia masih belum membaca laporan akhbar tempatan berkenaan
dan akan mengulas selepas mengetahui cerita sebenar.
Maaf, saya baru sampai pukul enam pagi tadi dan tidak tahu cerita
sebenar dan tidak boleh komen buat masa ini. Apabila sudah mengetahui
situasi sebenar nanti saya akan komen
Terdahulu sebuah akhbar mingguan melaporkan Zizan, 30, dan Emma, 21,
telah bercumbuan dalam kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain
yang melihat aksi tersebut.
Zizan dan Emma berada di Los Angeles untuk bercuti bersama penyanyi Kaka
Azraff dan juga pihak pengurusan Wireframe Entertainment. Sebelum ini pasangan ini digosipkan menjalin hubungan cinta, tetapi perkara tersebut telah dinafikan oleh mereka.
No comments:
Post a Comment