Pernah
terhebahnya kontroversi tentang Fazura menyindir seseorang dalam laman
Instagram beliau dimana membuatkan peminat terus menujukan sindiran itu kepada
pelakon yang sedang meningkat naik, Hanez Suraya. Ramai yang mula
menyedari Hanez kelihatan seolah-olah mahu meniru gaya Fazura.
Perbandingan
ini tidak tahu dimulakan oleh siapa namun ia banyak diperkatakan di akaun
Instagram Hanez Suraya dan akaun Instagram Nur Fazura. Berkata kepada Harian
Metro hari ini, Hanez menafikan dirinya meniru gaya Fazura. Kata Hanez:-
Terus
terang saya sendiri tidak tahu dari mana timbulnya gosip itu. Mungkin wajah
saya dan Fazura seiras tapi gosip yang mendakwa saya meniru gaya dan imejnya
itu tidak betul sama sekali.
Orang
yang sebarkan gosip itu terutama peminat Fazura tidak kenal siapa diri diri
saya. Saya percaya gosip itu diperkatakan kerana ia berpunca daripada peminat
sendiri yang suka membandingkan dan beri komen gambar saya yang dimuat naik di
laman sosial Instagram.
Saya
merayu janganlah bandingkan saya dengan mana-mana selebriti lain selepas ini.
Saya juga suka imej santai tapi kalau nak pergi majlis pastilah saya bersiap
dengan lebih rapi.
Hanez
juga turut meluahkan isi hatinya menerusi beberapa gambar yang dikongsi
menerusi Instagram :-
I
am who i am. I am me and no one else. I am meant to be the way i am exactly.
Like it or not, i dont live in this world to please you #hatersgonnahate.
SMILE.
Stalker will keep on stalking, judging n comparing. Me? I will always be like
me ?? chill and happy #happy #perutkenyanghatisenang #peacenowar #tranquility
#happynewyear2014 #hatersgonnahate
No comments:
Post a Comment