Polis
mengesahkan kematian penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
yang ditemui terapung dalam sungai dalam kawasan kampus itu terapung tiada
unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat
Siti Najwa Atiqah Azhar, 19, ditemui kira-kira 6 petang
semalam selepas dilaporkan hilang sejak 4 Jan lalu. Ketua
Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata perkara tersebut
disahkan hasil bedah siasat oleh doktor Hospital Umum Sarawak (HUS)
di sini.
Laporan
doktor menyatakan mayat pelajar berkenaan berada dalam keadaan reput dan
dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu. Mayat juga didapati sempurna, kecuali mempunyai luka-luka kecil
dipercayai akibat digigit ikan
Katanya
jenazah pelajar itu sudah dituntut anggota keluarganya
dan difahamkan pihak Unimas membantu mengendalikan urusan menghantar
jenazah pulang ke Pulau Pinang petang tadi.
No comments:
Post a Comment