Kejadian
berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak
bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari
mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30
petang, semalam.
“Selepas
menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas.
Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka
pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,” katanya
ketika dihubungi di sini, semalam.
“Kami terlupa, minta maaf.” Demikian
kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun,
Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal
dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan
selama kira-kira sembilan jam.
Pasangan
suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang
bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Sebaik
mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru
menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa
berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
KAKITANGAN
hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan
diri dalam kenderaan bapa, semalam.
Bagaimanapun,
keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu
dan menyerahkannya untuk siasatan polis.
No comments:
Post a Comment