PELAWAK Jepp daripada kumpulan Sepahtu
menceritakan pengalaman dia pernah dilamar peminat untuk dijadikan suami. Jepp
atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, kebanyakan mereka
melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat tetapi dia tidak
membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka.
Kalau
saya cakap, orang kata syok sendiri pula. Tetapi ada la beberapa peminat yang
nak jadikan saya sebagai suami mereka. Terkejut juga, tetapi saya ambil pendekatan untuk
berdiam diri tidak membalas mesej mereka supaya tiada sesiapa yang berkecil
hati. Kalau boleh, saya harap sangat agar tidak melukakan hati sesiapa pun
Kalau diikutkan, lelaki seperti Jepp inilah yang digilai wanita di Malaysia. Mungkin kerana perwatakannya yang disenangi dan memang tak pernah dengar kontroversi Jepp dengan mana-mana wanita ataupun melihatnya di kelab malam. Dikira Jepp ini adalah dalam kategori calon suami soleh. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment