Juara Mentor musim ketiga, Black Hanifah baru sahaja tiba di tanah air
lebih kurang jam 1 tengahari semalam sejurus selesai menunaikan ibadah
umrah bersama isterinya selama 12 hari 10 malam.
Ketika dihubungi, sepanjang berada di sana, Black sempat
bercerita bahawa dia dan isterinya tidak lupa mendoakan agar cepat
dikurniakan cahaya mata.
Kami mengambil peluang untuk berdoa di beberapa tempat yang
dikatakan mustajabnya doa seperti di Jabal Rahmah, Masjid Nabawi,
berhadapan Hajaratul Aswad dan beberapa tempat lagi di tanah suci
Mekah. Alhamdulillah, kami dapat menunaikan ibadah dengan baik dan syukur
kerana diberikan kesihatan yang baik sepanajang berada di sana
Berkongsi tentang peristiwa yang tidak dapat dilupakan, ujar Black,
sepanjang di Tanah Suci setiap saat ada sahaja berita tentang kematian
dan setiap kali tiba waktu solat akan ada jenazah yang akan
disembahyangkan.
Ada satu kejadian, ketika itu kami sedang melakukan Sai'e antara Marwah
dan Safa. Tiba-tiba kami melihat seorang lelaki terbujur kaku di tepi
jalan. Lelaki tersebut berselubung daripada muka sehingga ke paha. Kami
cuba mendekati dan mengamati, adakah lelaki itu sedang tidur.
Rupa-rupanya lelaki tersebut sudah meninggal dan mayatnya diletakkan di
tepi jalan dan akan ada orang yang mengangkatnya walaupun agak lambat.
Itu adalah antara kejadian yang tidak dapat kami lupakan
No comments:
Post a Comment