Farid yang sebelum ini enggan mendedahkan gambar anaknya kepada umum
dikhabarkan sudah mencipta akaun Instagram dan Twitter khas atas nama
anaknya, Muhammad. Kewujudan akaun Instagram dan Twitter tersebut membuatkan peminat
tertanya-tanya sama ada Farid mahupun Diana sudah bersedia mendedahkan
anak mereka yang berusia enam bulan itu.
Saya hanya menjaga nilai eksklusif anak saya. Saya terkejut gambar anak saya dinanti-nantikan orang. Saya tidak mahu menunjuknya kerana dia masih kecil. Akaun Instagram Muhammad itu bukan saya atau Diana yang buat sebaliknya ia dibuat oleh pihak pengurusan Diana. Rasa satu kejutan juga bila mereka menghasilkan akaun dia (Muhammad) dan memuat naik gambar anak saya. Namun, pada saya gambar-gambar yang dikeluarkan okey.
Terkini, Farid yang ditemui pada majlis prebiu filem terbaharu lakonan isterinya, Kami Histeria di Cathay Cineplexes Cineleisure, Damansara, Selangor, dia mengakui belum mempunyai tarikh akikah anaknya kerana masih menunggu Diana menghabiskan bacaannya.
No comments:
Post a Comment