Pages

Wednesday, January 22, 2014

[GOSIP]: Fazura Dedah Tentang Lelaki Mat Saleh Yang Didakwa Kekasihnya?


Fazura sebelum ini bercuti di Amerika Syarikat (AS) selamat sebulan. Ketika ditanya tentang pengalaman percutiannya di negara itu Fazura juga turut ditanya tentang hubungannya dengan seorang lelaki yang juga deejay popular dari negara itu dan beliau mengakui mereka sedang berkawan rapat.



Bagaimanapun, kata Fazura, perkenalan hampir setahun dengan lelaki yang bernama Randy Seidman itu belum lagi menimbulkan bibit cinta.


Dia kawan baik saya. Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki paling rapat dengan saya sekarang tapi tidak bermakna kami bercinta. Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia adore saya dan saya pun adore dia (gelak). Saya rasa tak salah kalau kita nak adore kawan kita.



Dia pernah beberapa kali datang ke Malaysia. Dia juga ada datang sewaktu majlis hari jadi saya yang lalu. Dan saya pergi bercuti ke LA bukan lah sebab semata-mata nak jumpa dia. Dari dulu lagi saya memang menyimpan hasrat nak bercuti ke Amerika. Sebelum ni saya lebih kerap bercuti di negara Eropah.

Tahun lalu saya berkesempatan ke sana dan kebetulan saya ada beberapa orang kenalan di sana termasuklah dia (Randy). Sepanjang saya di sana, dia menjaga dan melayan saya dengan baik. Mungkin sebab saya banyak upload gambar dia, jadi orang hanya nampak dia saja. Padahal saya ada juga beberapa kawan lain di sana.


Fazura turut menjelaskan percutian tersebut bukanlah untuk berjumpa Randy semata-mata, sebaliknya telah lama menyimpan hasrat untuk ke Amerika Syarikat.


No comments:

Post a Comment