Pages

Friday, January 24, 2014

Emma Maembong: Bergurau, Bukan Bercumbu


Masih lagi dengan gosip bercumbu Zizan Razak dan Emma Maembong. Selepas Zizan tampil memberi kenyataan sebelum ini, kini giliran Emma pula yang turut menafikan khabar angin tersebut dan meluahkan rasa kecewa kerana ia mengaibkan namanya dan keluarga.


Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik. Mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.

Selagi tiada sebarang ikatan, Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu). Walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini.

Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan nama keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini

Emma turut memberitahu dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita tersebut sekembalinya dia daripada bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat. Pemilik nama sebenar Che Fatimah Rohani Ismail ini turut menjelaskan sepanjang perjalanan ke Los Angeles yang mengambil masa lebih 12 jam itu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan. 

Malah kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka, tetapi tidak pula keluar cerita.

Menurut Emma, 22, dia duduk bersebelahan dengan Zizan dan sebaris dengan penyanyi Kaka Azraff dan pengurus Wireframe Entertainment, Marina Juki. Walaupun sedih dilanda gosip sedemikian, Emma bersyukur kerana keluarganya memahami dan menyokongnya selepas dia menjelaskan cerita sebenar. 


No comments:

Post a Comment