Bunyinya
agak tragis apabila seorang remaja lelaki berusia 20 tahun dipukul sampai bila
gara -gara mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah. Remaja lelaki tersebut mati akibat dipukul empat lelaki yang berjaya
mencekupnya ketika sedang mencuri.
Dalam
kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk
melepaskan diri, namun berjaya ditangkap. Hasil soal siasat dilakukan
penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul
sehingga setengah mati.
Pihak
polis dikejarkan ke tempat kejadian dan menahan mangsa selain turut
merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri. Namun sebaik sahaja
sampai polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.
Pemeriksaan
lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai
senjata digunakan untuk memukul mangsa.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang
bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat
kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul
menggunakan objek tumpul,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten
Komisioner Amiruddin Jamaluddin.
Amiruddin
berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua
lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki
warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh.
The
Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu dikenali
sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit Indah,
Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa kandungnya pula
sudah lama tiada.
Sebelum
kematian, Shahreza menunjukkan perangai pelik termasuk memuat naik status
berkaitan kematian di Facebook dan Whatsapp.
No comments:
Post a Comment