Yunalis Zarai, 28, sekali lagi
membanggakan industri hiburan Malaysia apabila Huffington Post, portal
berita antarabangsa telah menyenaraikan Yuna sebagai antara 20 artis
yang harus diberi perhatian pada tahun 2014.
Artikel yang
ditulis oleh Ryan Kristobak itu memuji keenakkan muzik Yuna yang
dikatakan bercitarasa baru dan memberikan dendangan indah kepada
pendengar.
Paling menarik, Ryan memperkenalkan Yuna sebagai
ahli muzik dari Malaysia yang menggabungkan elemen muzik dari negaranya
dan moden pop.
Artikel itu turut memuji hasil kerja Yuna menerusi album Nocturnal dan single yang dihasilkan untuk filem animasi The Crood.
Penghargaan Huffington Post ini menandakan karier muzik artis yang
sedang popular dengan lagu Rescue itu semakin mendapat tempat di
kalangan peminat muzik antarabangsa.
Di bawah adalah senarai penuh 20 pemuzik yang perlu diberi perhatian untuk tahun 2014.
1. Bad Rabbits
2. Balance and Composure
3. Banks
4. Flatbush Zombies
5. Ground Up
6. The Internet
7. King Krule
8. Knytro
9. Mausi
10. Polyenso
11. Sam Smith
12. Say Lou Lou
13. Shad
14. Tilian
15. Travis Scott
16. Volcano Choir
17. WC Lindsay
18. Wake Owl
19. Yuna
20. 1975
No comments:
Post a Comment