Pages

Sunday, January 19, 2014

[TAHNIAH]: Didie Alias Kini Hamil


Pelakon dan pelawak terkenal, Didie Alias sedang hamil tiga bulan hasil perkongsian hidup dengan suami keduanya, Norisham Ismail. Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd. Ali berkata, dia dan suami, Norisham Ismail, berasa begitu gembira apabila mendapat tahu tentang kandungannya itu.



Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya. Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham. Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka

Mengulas lanjut, Didie menambah, dia dan suami enggan menaruh sebarang harapan berkenaan jantina bayi yang sedang dikandungnya dan menyerahkan segala-galanya ke pada rezeki yang diberikan Tuhan.

No comments:

Post a Comment