ALOR SETAR : Bapa mangsa pembunuhan kejam tiga beradik Rusdi Rani,
38, mendakwa mengalami mimpi pelik genap 44 hari kematian tiga anaknya. Rusdi berkata, dirinya bermimpi arwah anak perempuan sulungnya, Nor
Syafikah Nadia, 14, memberi beberapa bayangan kepada dirinya mengenai
siapa penyebab kematian mereka.
Along datang dengan wajah berseri-seri menemui saya, sambil
memaklumkan nama seorang lelaki. Dia cakap pada saya. Abah kalau ingin
selesai kes kami cepat, pergilah tangkap lelaki itu. Kemungkinannya, petunjuk yang diperolehi dalam mimpi saya
merupakan hasil solat hajat dilakukan setiap hari selepas Solat Isyak
dengan harapan suspek segera dikesan
Susulan mimpi dialaminya, Rusli memaklumkan dia membuat satu laporan
polis berhubung mimpi terbabit, sambil menyatakan nama lelaki yang
diberikan arwah anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar,
dekat sini, keesokan harinya.
Difahamkan, mimpi dialami Rusdi pada Selasa lepas dipercayai menjadi
petunjuk kepada penahanan dua suspek kes tersebut kelmarin,
bagaimanapun, dia tidak mahu mendedahkan nama lelaki yang dikatakan
arwah anaknya dalam mimpinya itu.
No comments:
Post a Comment