Sebulan yang lalu, Johan beriya mengatakan yang
Lana merupakan wanita yang didoakan bertemu jodoh denganya di depan kaabah
ketika mengerjakan umrah. Hari ini menerusi laporan Kosmo!, Johan
As’ari berkata yang beliau tidak pernah meletakkan status kekasih pada
Lana Nordin dan menganggap hubungan dengan pelakon itu hanya sekadar kawan
biasa yang rapat dengan dirinya.
Sebagai
seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai
kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan
saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu
Selama
ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang
pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja
Apa yang saya boleh katakan juga kini, soal
masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua
keputusan terletak ditangan-Nya
Dalam laporan sama, Johan As’ari turut menolak dakwaan yang mengatakan dirinya dahagakan publisiti murahan dengan membuat tindakan mengejut sebegini.
No comments:
Post a Comment