Pages

Wednesday, December 25, 2013

[GEMPAR]: Johan As’ari Dan Lana Nordin Sudah Putus Cinta?

satu berita gempar dipetik dari Berita Harian mengatakan hubungan cinta pelakon, Johan dan Lana Nordin, putus selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga sebaik tamat pementasan Bahayanya Wanita di Istana Budaya semalam.

Namun Johan berkata, hubungannya dengan Lana putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.


"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana.

“Saya mohon maaf pada Lana, mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat.”

“Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin, ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumah tangga, restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa mengambil tindakan ini.”

“Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas, tetapi disebabkan pelbagai isu timbul, saya membuat keputusan ini.”

“Saya masih muda dan ini kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan masalah. Sebelum banyak masalah timbul menyebabkan saya membuat keputusan ini.


No comments:

Post a Comment