Pelakon
Hanez Suraya sedikit terkejut kerana baru-baru ini ada gosip tentang seorang artis
baharu meniru gaya fesyen seorang artis senior termasuk warna rambut, hangat
diperkatakan baru-baru ini.
Bagaimanapun,
dakwaan pelakon Hanez Suraya meniru fesyen selebriti lain, agak samar.
Ini kerana kita boleh lihat ramai lagi orang lain yang berfesyen sedemikian –
kemas, elegan dan ada kelas tersendiri.
Ketika ditanya soalan adakah Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abd. Aziz meniru fesyen selebriti lain, jawab wanita berusia 28 tahun ini dia terkejut dengan kenyataan seumpama itu.
Saya
tidak tahu mengenai perkara ini serta tidak tahu ia ditujukan kepada siapa.
Setakat ini saya rasa tidak meniru sesiapa pun. Saya memang menjadi diri saya
sendiri. Untuk pengetahuan, saya seorang yang ringkas dalam berpakaian. Saya akan bergaya jika ingin menghadiri
sebarang majlis atau acara.
Mungkin orang yang berkata begitu (meniru fesyen)
tidak mengenali saya sebetulnya. Mungkin juga selebriti tersebut ada mengatakan
dakwaan tersebut kepada orang lain, dan orang ramai membuat spekulasi bahawa
artis itu ialah saya
Tambahnya,
spekulasi sebegini mampu membuat sesama manusia bergaduh atau lebih khusus
sesama artis, walhal hakikatnya tiada masalah yang timbul antara mereka
No comments:
Post a Comment