Kuala Terengganu – Hasrat seorang pelajar kolej menduduki ujian
percubaan akhir tahun terbantut apabila dia diragut sekumpulan lelaki
ketika menunggang motosikal mengakibatkan dia mengalami kecederaan di
kepala dalam kejadian di Kampung Tok Jembal, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Zafira Halwa Ibrahim, 20,
yang menunggang motosikal Honda Dash dihimpit sebuah PERODUA ViVa
berwarna kuning, mengakibatkan dia tersembam di atas jalan.
Tambah kapsyen |
Akibat kemalangan itu, kepala pelajar Kolej Yayasan
Terengganu berkenaan terhentak kuat di atas jalan tar menyebabkannya
pengsan, sekali gus membolehkan suspek melarikan beg tangannya.
Zafira yang ditemui di Wad Pembedahan Wanita di Hospital Sultanah Nur Zahirah ((HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar ketika diangkat ke dalam kereta penduduk kampung yang melihat dia terbaring di atas jalan.

“Kepala saya terasa amat sakit dan terkejut apabila seluruh muka dan
badan saya bercalar akibat tergesel di atas jalan dan penduduk membawa
saya ke Klinik Kesihatan Seberang Takir sebelum dirujuk ke HSNZ untuk
rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment