Shila
Amzah telah mengamuk kerana terbaca sebuah blog yang telah menulis ayat-ayat
sindiran tentang perpisahan Johan As’ari dan Lana Nordin.
Nampaknya,
kemelut dan gosip hubungan Johan As’ari dan Lana Nordin telah dijadikan bahan
untuk para bloggers memenuhi laman mereka dan menghiburkan pembaca. Dan tidak
ketinggalan, Shila Amzah juga menjadi mangsa tempias dari kontroversi mereka.
Ini yang ditulis oleh blog berkenaan :
“Adakah
Johan akan mendamba cinta Shila Amzah kembali? Adakah Shila sedang berbunga
hatinya membaca perkhabaran ini?”
“Assalamualaikum,
Sha minta portal untuk berhenti tulis apa-apa artikel yang ada kaitan
atau mengaitkan Sha dengan sesiapa,”
“…sebab
Sha rasa satu pun artikelnya tak membantu untuk memperbaiki kerjaya seorang
artis.”
“Jadi,
saya harap, penulis blog itu faham dan berhenti menulis apa pun sama ada
peribadi mahupun kerjaya…jadi saya tak fikir ada apa-apa artikel mengenai
kerjaya saya selama ini, jadi tolong faham,” tegasnya.
Penulis
blog tersebut ternampak status ini, maka beliau dengan pantasnya juga
menegaskan bahawa apa yang ditulisnya adalah perkara benar dan bukanlah
fitnah. Penulis itu juga meminta maaf, ”Shila, ok ok. Mana ada fitnah
pun. Cakap ‘berbunga hati’ saja kot. Maaf ya.”
No comments:
Post a Comment