NO komen!," itulah jawapan ringkas pelakon, Adi Putra
mengenai penceraian wanita yang dikatakan skandalnya, Nooraida Abd
Mutalib dan Amiruddin Othman, 56.
Enggan memanjangkan perkara ini, isteri kepada bintang KL Gangster ini,
Aida Yusof, berkata, mereka tidak akan memberikan sebarang kenyataan
mengenai apa-apa perkara yang berbangkit.
Pada sidang media lalu, kami dah putuskan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan selepas ini. Walau apa pun perkara baharu yang wujud, kami tetap dengan pendirian kami untuk tidak berkata apa-apa.
Berita mengenai penceraian pasangan itu mendapat liputan meluas apabila
ahli perniagaan itu menceraikan isterinya pada 19 Disember lalu,
beberapa hari selepas sidang media dibuat.
Jumaat lalu, Amiruddin yang tampil di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya,
untuk menyerahkan surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang
berstatus NFA mendedahkan hal itu kepada pihak media.
Amiruddin berkata, dia menggesa lelaki berkenaan supaya
bertanggungjawab di atas apa yang terjadi, seperti yang dijanjikan
kepada bekas isterinya di laman aplikasi, WhatsApp, sebelum ini.
Menurutnya, walaupun mereka telah berpisah, namun kes itu akan tetap
diteruskan memandangkan ia berlaku sebelum penceraian dan turut
mencemarkan maruah dan nama baiknya.
No comments:
Post a Comment