Mengulas mengenai hubungannya dengan seorang anak menteri, Nadeem, Nora
berkata dia enggan menghebahkan kepada umum mengenai hubungan
cintanya.
Bagi saya, biarlah kami mengenali antara satu dengan lain terlebih
dahulu. Jika saya mengumumkan kisah cinta dengannya terlalu awal,
takut hubungan tersebut terputus di tengah jalan. Akhirnya,
kedua-dua belah pihak akan menanggung malu. Lagipun, kami belum terfikir untuk meneruskan hubungan ke peringkat
yang lebih istimewa. Jika saya dan Nadeem dijodohkan untuk
berkahwin, baru saya akan membuat pengumuman
Ditanya
mengenai dakwaan ada yang mengatakan bapa Nadeem tidak menyukai beliau,
Nora lantas menjawab:
Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang
datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu
daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan ini. Tetapi, selama berkawan dengan Nadeem, dia tidak pernah memberitahu
saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan
ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik
terhadap saya
Nora juga menjawab dakwaan yang kononnya beliau hanya memilih
pasangan (VIP) sahaja untuk dijadikan teman hidup apabila bekas suami
dulu, Rizal Ashram Ramli atau Jejai adalah anak kepada bekas Menteri
Besar Perak dan kini beliau memilih Nadeem yang juga anak kepada seorang
menteri.
ND
Nora menafikan dakwaan tersebut dengan memberitahu beliau tidak pernah
terlintas di benak fikirannya untuk memilih pasangan dalam kalangan
orang berada. Malah, sebelum mengahwini Jejai, dia pernah keluar dengan
lelaki-lelaki biasa tanpa memikirkan status dan wang ringgit.
Sejujurnya, saya bukan wanita materialistik yang gemar mengejar
lelaki berharta. Sebelum mengahwini Jejai dan mengenali Nadeem, saya
pernah keluar dengan lelaki biasa. Mungkin spekulasi itu timbul
secara kebetulan
Walaupun soalan yang diajukan seakan panas, namun Nora dilihat sangat
matang dan mudah menjawab setiap soalan yang dilemparkan. Admin doakan
semoga hubungan Nora & Nadeem berkekalan hingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment