Pages

Monday, December 23, 2013

[GOSIP]: Izzue Islam Keluar Forteen?


JIKA menyebut nama Izzue Islam, pasti ramai wanita akan teringat akan lakonan-lakonan comel dan tidak kurang juga lakonan romantisnya dalam beberapa drama dan filem tempatan.



Namun, jika bercerita mengenai kerjayanya dalam bidang nyanyian, barangkali ada yang tidak perasan bahawa Izzue adalah salah seorang ahli kumpulan Forteen yang popular dengan lagu Berdua Bersatu, Seperti Dulu dan Kita.

Justeru dek kerana penglibatannya yang lebih terarah ke bidang lakonan, ada desas-desus yang mengatakan Izzue bakal disingkirkan dari kumpulan tersebut kerana sering gagal untuk hadir dalam persembahan yang melibatkan Forteen.

Walaupun saya kadangkala tidak dapat turut serta dalam persembahan kumpulan Forteen, ia tidak menjadi isu kerana penganjur akan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya saya tidak dapat turut serta. Pihak pengurusan saya sendiri sedia maklum mengenai jadual saya yang terikat dengan lakonan dan juga nyanyian. Mereka tidak ada masalah mengenai itu dan hormati kerja saya. Begitu juga dengan ahli Forteen yang lain

Di tanya andainya dia terpaksa meninggalkan kumpulan Forteen kerana isu sebegitu suatu hari nanti, Izzue berkata dia berharap perkara seumpama itu tidak akan berlaku.

Nyanyian dan lakonan adalah minat utama saya dan ia bergerak seiring. Tapi jika saya terpaksa keluar dari Forteen, saya pasti cukup sedih. Saya berharap perkara itu tidak berlaku dan saya akan terus bersama sama dengan kumpulan Forteen

No comments:

Post a Comment