Walaupun perkahwinan mereka baru mencecah usia sebulan, namun Fizo
nampaknya tidak berlengah membeli sehelai baju istimewa untuk bakal anak
mereka nanti. Barangkali minat yang mendalam terhadap motor berkuasa tinggi telah
mendorong Fizo untuk terus mendapatkan baju bayi berjenama Ducati
sewaktu dia dan isterinya berbulan madu di benua Eropah
"Saya tidak pasti sama ada isteri saya mengandung atau tidak, tetapi tujuan saya membeli baju bayi itu tempoh hari sekadar kenangan sahaja.
"Tidak salah juga kalau pembelian baju-baju bayi ini sebagai persedian kami berdua. Kami bukan beli sehelai dua, tetapi banyak sebab baju bayi comel," katanya yang berharap anak sulungnya nanti adalah lelaki supaya dapat berkongsi minat yang sama dengannya kelak.
No comments:
Post a Comment