Rozita
Che Wan dan Zain Saidin sedang menikmati bulan madunya bersama di Itali, namun
masih ada lagi segelintir pihak yang gemar mencari kesalahannya. Rozita Che Wan
atau lebih mesra dipanggil Che Ta telah memuat naik sekeping foto mesranya
bersama Zain sedang berbaring di atas katil seakan bersedia untuk masuk tidur
berserta caption Goodnite Rome.
Mungkin
bagi sesetengah orang, ianya hanyalah sekadar gambar biasa buat pasangan suami
isteri yang baru berkahwin. Namun dalam banyak-banyak respon dari peminatnya
yang memuji kecantikan dan kebahagiaan pasangan ini, Che Ta turut ditegur
kerana memakai bulu mata palsu walaupun hendak tidur.
Kebanyakan
mereka mempertikaikan obsesi Che Ta yang mahu kelihatan cantik setiap masa
walaupun adakalanya tidak masuk akal dan tidak bersesuaian.
No comments:
Post a Comment