Setelah
lapan tahun menyulam cinta, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga,
Ekin Rahman atau Ekin AF3 mendedahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Yazer
sudah putus awal Disember lalu.
Kepada
akhbar Kosmo! Ekin meluahkan yang dia masih berasa sedih dengan perpisahan
tersebut. Namun dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya nyanyiannya
dan menganggap 2014 sebagai tahun untuknya bangkit dan menyinar sama seperti
rakan seangkatannya dalam AF3 seperti Mawi dan Marsha.
Ya.
Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi.
Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali.
Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus. Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama
lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini
sahaja
Semoga
Ekin dan Yazer temui kebahagian disebalik perpisahan ini!
No comments:
Post a Comment