Pages

Monday, December 23, 2013

Pantang Azean Irdawaty Pelakon Lain Datang Lewat - Shuhami Baba

Pemergian pelakon terkenal Azean Irdawaty memberi kesan yang mendalam kepada para pelakon dan pengarah yang pernah bekerja bersama Allahyarham. Pengarah tersohor Datin Paduka Shuhaimi Baba pernah berkerjasama dengan Azean dalam filem Waris Jaris Hantu.



Beliau sering mengelar diri beliau sebagai Tok Wan ketika pembikinan filem Waris Jaris Hantu. Saya ini adalah ‘cucu’ beliau. Kami sering berhubung melalui mesej. Beliau juga tidak pernah menunjukkan kesakitan beliau. Beliau terus bersenyum

Beliau memuji sikap Azean yang begitu profesional dan sering melakukan research ketika skrip diberikan kepada beliau.


Beliau sendiri akan meminta skrip penuh dan bukan sahaja skrip yang mempunyai babak beliau sahaja. Beliau akan belajar watak dan menulis nota di skrip. Saya akan berikan lebih masa untuk beliau belajar jika perlu. Beliau juga amat pemurah dan akan memberi tunjuk ajar kepada pelakon-pelakon lain. Tetapi janganlah datang lambat, kerana beliau tidak segan untuk bersuara kerana beliau akan datang tepat pada masa atau lebih awal


No comments:

Post a Comment