Sekarang timbul gosip pelakon filem biopik,
Saloma ini dikatakan telah dimiliki jejaka dari Singapura. Walaupun
hubungan cintanya bersama pelakon, Nas-T, kecundang di tengah jalan, namun ia
bukanlah penghalang untuk Nabila, sepi tanpa cinta. Sumber turut memberitahu
yang insiden Nabila Huda tidak pulang beraya baru baru ini adalah kerana
menghabiskan masa beraya bersama keluarga teman lelaki barunya ini di Singapura
dan hubungan mereka sudah berlangsung empat bulan.
Menerusi laman Instagramnya, Nabila yang turut mesra dipanggil Abil memuat naik sekeping foto dirinya bersama lelaki yang menyuapkan kek sempena hari lahirnya pada 2 Disember lalu.
Memetik
sumber Sinar Harian, jejaka itu bernama, Izwan, dan juga pemain bola sepak
amatur untuk pasukan fcjmuda yang memakai jersi nombor 10. Hubungan cinta
ini dipercayai mula terjalin enam bulan lalu dan status Abil yang ditulis,
‘Happy half year anniversary baby’, menguatkan lagi teka-teki ini.
Tentang
arah tuju hidup beliau, Nabila Huda sendiri pun sudah matang untuk berfikir
bukan? Apa yang mahu tahu ketika ini adakah benar beliau sudah bertemu buah
hati baru? Pun
begitu, sehingga kini, Abil masih mengunci mulut dari terus bercerita secara
umum mengenai cinta hati barunya itu.
No comments:
Post a Comment