KUANTAN - Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut akibat terjatuh
dari tingkat empat blok perumahan polis Bukit Pelindung di sini petang
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, bayi malang terbabit,
Muhammad Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan melonjakkan badan dan
terlepas dari dukungan bapanya sebelum terjatuh.
Di tingkat empat blok perumahan polis Bukit Pelindung inilah bayi berusia tujuh bulan maut akibat terjatuh, petang 24 Disember lalu. |
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Menurutnya, bapa mangsa dikatakan mendukung bayinya sambil membimbit bungkusan sampah untuk dibuang.
“Mangsa difahamkan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment