Baru-baru
ini Nabil Ahmad dikecam hebat oleh penonton Anugerah
Industri Muzik (AIM20), malah ada rakan artis menganggap dirinya tidak
sesuai untuk mengendalikan acara yang mengangkat martabat industri muzik tanah
air.
Pada
majlis anugerah tersebut Nabil digandingkan bersama pengacara tersohor Datuk
Aznil Nawawi. Namun kini sekali lagi Nabil bertanggungjawab untuk
mengacarakan satu anugerah berprestij.
Buat
julung kalinya, tiga selebriti popular iaitu Nabil, Neelofa dan Dato’ AC
Mizal bakal digandingkan sebagai pengacara dalam majlis Anugerah
Meletop ERA yang akan berlangsung pada bulan Februari depan.
Dalam
sidang media yang diadakan di Beast, The Intermark, Lofa dan Nabil meluahkan
rasa terujanya untuk mengacarakan majlis anugerah ini.
Saya
begitu teruja dengan gandingan ini. Sekarang kami bertiga sedang mencari bahan
dan saya akan pastikan saya mengacara anugerah ini lebih baik daripada
majlis-majlis yang pernah saya acarakan sebelum ini
Semoga
kali ini Nabil tampil lebih baik dan membuktikan beliau mampu menjadi pengacara
untuk anugerah yang besar.
No comments:
Post a Comment