Umum tahu tentang keakraban pelakon Juvana, iaitu Johan As’ari
bersama penyanyi, Shila Amzah. Namun, selepas pelakon itu membuat
pengakuan untuk melamar Lana Nordin, hubungannya dengan Shila Amzah agak
dingin.
Malah Shila pernah membuat kenyataan tidak akan
menerima Johan dan hubungan mereka tidak akan sama seperti dulu lagi.
Bagaimanapun, berbeza pula dengan Johan.
Menyedari Shila menukar nombor telefon dan menyekat laman sosialnya,
Johan berkata, hatinya tetap terbuka untuk Shila dan menyifatkan
hubungan mereka tetap seperti biasa.
Saya masih menganggapnya sebagai teman saya. Sekiranya Shila mahu
meminta sokongan daripada saya, saya tetap akan menyokongnya, dan
berkawan semula dengannya seperti biasa. Kerana hubungan yang terbina adalah berteraskan perasaan kasih sayang
yang lahir antara makhluk. Jika dia mahu, dia boleh menghubungi saya
bila-bila masa saja. Saya tetap menerimanya dan menganggap sebahagian
daripada saya
Menurut Johan, dia tidak rasa hubungan persahabatan yang dibina bersama
Shila akan terputus begitu sahaja, memandangkan hubungan kekeluargaan
mereka sangat rapat.
Apa pun, saya tetap akan bersahabat dengan Shila selamanya. Hubungan ini tidak akan putus. Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya. Sebagai seorang sahabat, seperti yang selalu saya katakan, saya akan
tetap mendoakan kebahagiaannya sampai bila-bila. Dan berharap dia
berjaya dan gembira
No comments:
Post a Comment