Rita
Rudaini Mokhtar, 37, berkata, dia telah menyimpan
keratan akhbar bermula laporan dia berkahwin lari dengan Aidil di Songkhla,
Thailand sehinggalah berita terkini berkaitan mereka berdua untuk dibaca oleh
Rayyan dan Arjuna kerana percaya akan ditanya berhubung isu cerai mereka berdua
apabila kanak-kanak itu dewasa kelak.
Saya
tahu, satu hari nanti saya perlu berdepan dengan pelbagai soalan daripada
anak-anak punca-punca saya dan Aidil bercerai. Kerana itu, saya telah
menyimpan semua keratan akhbar laporan berkaitan dengan kami agar mereka boleh
baca dan faham sendiri
Tambah
Rita, dengan cara itu juga boleh memudahkan cara dalam menerangkan situasi
sebenar kepada mereka. Malah Rita percaya, anak-anaknya tidak akan terkejut
dengan kisah-kisahnya dengan Aidil di internet selepas membaca keratan akhbar
yang diberikannya.
Dalam
pada itu, Rita juga berharap tidak ada pihak yang menganggap cara Rita itu
adalah salah satu untuknya menghasut fikiran Rayyan dan Arjuna.
Saya
bukannya jenis yang cuba menghalang anak-anak untuk mendapat kasih sayang bapa
mereka.Dulu semasa kecil, mak dan ayah bercerai dan saya tidak mendapat kasih
sayang seorang ayah kerana dia telah menghilangkan diri. Bagaimanapun
sewaktu umur 17 tahun, ayah kembali dan saya melayannya seperti biasa. Ibu
tidak pernah ajar untuk membencinya. Dan begitu juga dengan saya yang tidak
mahu anak-anak membenci Aidil
No comments:
Post a Comment