Kuala Lumpur:
Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia membahasakan si kecil
itu adik. ‘Skrip’ itu direka seorang lelaki bagi menutup aib keluarganya
yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur dengan kekasihnya hingga
gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua tahun lalu.
Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga
keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil
daripada keluarga daif.
Lakonan itu terpaksa dicipta Syed Haiqal, 22, selepas dia mengambil
tanggungjawab membesarkan zuriatnya dengan bantuan keluarganya selepas
kekasihnya enggan menerima kelahiran Haziq, 2.
Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan
dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu
negara.
HAIQAL menyesali dosa silamnya.
Kemesraan mereka berdua bukan setakat di kolej sebaliknya berakhir di ranjang, malah pada tahun kedua pengajian, mereka sanggup menyewa bilik dan tinggal bersama.
No comments:
Post a Comment