Pages

Tuesday, December 24, 2013

Foto Comel Anak Diana Danielle

Farid Kamil dan Diana Danielle  memang amat sukar untuk berkongsi wajah anak sulung mereka di laman sosial mahupun media cetak. Malah nama sebenarnya juga masih belum diumumkan.



Khabarnya Farid dan Diana terikat dengan perjanjian bersama sebuah stesen televisyen swasta yang berhasrat untuk menyiarkan majlis akikah si kecil itu nanti secara eksklusif.

Namun Farid telah memuat naik foto mereka sekeluarga di akaun Instagramnya dan menyerlahkan wajah bayi yang dikenali sebagai Muhammad itu dengan jelas.



Walapun peminat pernah didedahkan dengan wajah anaknya itu di awal kelahiran, tetapi perkongsian kali ini lebih bermakna kerana kecomelannya semakin terserlah. Ramai pengikut Farid di laman Instagram melahirkan rasa gembira dan teruja untuk melihat lebih banyak foto wajah anaknya itu di masa akan datang.


Apa yang pasti, wajah Muhammad lebih mirip bapanya terutama di bahagian mata. Perkara itu turut diakui oleh peminat-peminat Farid sewaktu mereka meninggalkan komen pada foto tersebut. Tetapi jika diamati, ada juga iras seakan anak mat salleh pada wajah Muhammad, barangkali genetik Diana masih kuat mengalir dalam darah Muhammad.


No comments:

Post a Comment