Memang pelik bin ajaib. Sebelum ini difahamkan, perpisahannya Johan dengan Lana Nordin
adalah kerana tidak mendapat restu keluarga. Namun yang menjadi persoalannya adalah hari ini menerusi
Berita Harian, kakak Johan iaitu Farah Alya As’ari memaklumkan yang
keluarga mereka tidak menghalang percintaan adiknya dan Lana. Sebaliknya
mereka menasihati Johan agar mengenali hati budi Lana terlebih dahulu
sebelum berkahwin.
Kami tidak menghalang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.
Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana.
Buat masa sekarang, memang pening juga dibuatnya apabila keluarga Johan As'ari sendiri tampil buat pengakuan bahawa mereka tiada halangan. Namun, apa yang dikatakan oleh Johan amatlah bertentangan. Nampaknya terpaksa kita tunggu kenyataan balas dari Johan
No comments:
Post a Comment