Pages

Wednesday, December 25, 2013

Luahan Hati Lana Nordin Selepas Johan As’ari Minta Putus?

Macam mencari publisiti murahan pun ada apabila sebelum ini Johan memberitahu bakal memperisterikan Lana dan pernah menyatakan nampak bayangan Lana di hadapan Kaabah ketika dia berdoa tentang jodoh. Johan As’ari berkata hubungannya dengan Lana Nordin secara rasmi putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.



Rasa kesian pun ada dengan Lana setelah banyak perubahan dilakukan beliau setelah Johan mengatakan mereka bercinta. Memetik laporan akhbar Berita Harian, beliau sudah jangka perkara ini selepas Johan As’ari sering berdolak dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.



Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah

Nampaknya Lana sudah dapat menjangka hal seperti ini akan berlaku. Moga Lana dapat menerima dengan tabah. Kumbang bukan seekor, ramai lagi jejaka yang ingin memperisterikan beliau. Tak begitu?

No comments:

Post a Comment