Johan
As’ari kelmarin, dia telah ditimpa musibah apabila dilaporkan mengalami
kemalangan jalan raya ketika sedang menuju ke lokasi penggambaran. Johan berkongsi
khabar kurang baik itu di akaun Instagramnya yang menunjukkan keretanya remuk
di bahagian hadapan bumper.
Pelakon yang sinonim dengan watak Botak ini
menceritakan seakan mendapat petanda bahawa dia akan mengalami kemalangan pada
hari itu, ketika sedang berhenti di sebuah stesen minyak di mana terdapat
seorang kanak-kanak melintas di hadapannya dan menjerit perkataan ‘AMARAN’
kepadanya.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kecederaan yang dialami oleh Johan akibat kemalangan itu. Diharapkan Johan tidak mengalami kecederaan serius.
No comments:
Post a Comment