Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di
Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit,
menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain
pelekat dalam tandas yang terkunci.
Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap
pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau
setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran
pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.
Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah,
dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas
dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.
“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar
dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang
terkunci itu.
Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas,
saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai
baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung
dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air
itu.
Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ,
dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air
ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata,
sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil
semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah
seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.
Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar
itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7
Disember lalu
Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa,
mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang
dijumpai di tempat kejadian.
“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari
berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan,
kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes
diklafikasikan sebagai kematian mengejut
No comments:
Post a Comment