Pages

Sunday, December 15, 2013

[TAHNIAH]: Wan Maimunah Menerima Mas Kahwin 'Bimbing Ke Jalan Diredhai Allah Hingga Akhir Hayat'

Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Makpol Saimon, 53, dengan sekali lafaz pada Jumaat malam dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru Johor.  

Pasangan pengantin itu dinikahkan Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAIJ), Makhadzir Abdan dengan sekali lafaz berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah Wan Abdul Aziz. Pelakon yang pernah popular dengan drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu memilih mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai Allah hingga ke akhir hayat. 

Wan Maimunah turut menerima sebentuk cincin dan gelang untuk acara membatalkan air sembahyang.  Beliau berharap perkahwinan kali kedua selepas menjanda hampir 16 tahun akan kekal ke akhir hayat.

Ibu bukan hendakkan harta dunia ibu hanya hanya ingin menumpang kasih di saat-saat akhir hayat ibu sebab tu la ibu mintak mas kawin berupa memberi tunjuk ajar ke jalan Allah kalau mas kawin diberi puluh ribu sekali pun ia akan pupus tapi tunjuk ajar bimbingan ke jalan Allah kekal hingga akhir hayat

Majlis ringkas itu turut disertai saudara mara terdekat kedua belah pihak pengantin. Bagi suaminya, Makpol yang juga pengusaha makanan kacang pol di bandaraya itu tidak menghalang jika Wan Maimunah terus aktif dalam bidang lakonan selepas ini. 


No comments:

Post a Comment