Pages

Sunday, December 15, 2013

[GOSIP]: Tidak Puas Hati Hubungan Cinta Johan Dan Lana Nordin

Ingatkan sudah tiada lagi cerita hangat yang melanda pasangan 'express' ini. Mungkin orang ramai pun sudah mula menerima hakikat yang Johan memang ditakdirkan dengan Lana. Namun, itu bukan persoalannya sekarang, tapi yang tak sedapnya bila ada beberapa orang produksi filem Paku yang nampaknya tak berpuas hati dengan pasangan ini sejak mereka mengaku bercinta.

Bukan apa, ketika pengakuan tu dibuat Johan sedang rancak dalam rangka promosi filem Paku. Bila selalu sangat usung teman wanitanya itu ke beberapa tempat promosi dah membuatkan orang lain tak senang duduk.



“Nak pergi fotografi pun usung Lana, nak ke tayangan pratonton pun usung Lana sampaikan orang lain naik rimas sebab Lana ada sahaja di mana-mana menemani Johan. “Bila Lana ada dah tentu wartawan akan tanya pasal cinta Johan pada dia. Bila banyak kali sangat cerita cinta mereka keluar, mana cerita promosi filem?

“Sedangkan dia sepatutnya bercakap hal filem dan mempromosikan filem Paku dan bukannya mempromosikan cerita cintanya tu. Tapi nak buat macam mana ini permainan mereka. Tak mengapalah, setidak-tidaknya ada juga promosi filem Paku walaupun sedikit. Itu pun ada daripada tak ada terus. 


-utusan-


No comments:

Post a Comment